Pengelasan program pendidikan Piawaian Pengelasan Pendidikan Antarabangsa

Semakan 2011 (terkini)

TahapProgram pendidikanKeterangan
0 Pendidikan awal kanak-kanak (01 Perkembangan awal kanak-kanak)Program pendidikan yang direka untuk membantu perkembangan awal kanak-kanak dalam berkomunikasi dan perkembangan fizikal. Umur yang terlibat berusia tiga tahun ke bawah.
Pendidikan awal kanak-kanak (02 Pendidikan prasekolah)Program pendidikan yang direka bagi membantu kanak-kanak mendapatkan pendidikan asas sebelum ke pendidikan rendah. Umur yang terlibat bermula tiga tahun hingga bermula pendidikan rendah.
1 Pendidikan rendahProgram pendidikan yang direka bagi membolehkan murid-murid mempelajari kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira serta lebih pemahaman terhadap kemahiran bersosial, peribadi dan berpengetahuan dalam mempersiapkan diri memasuki pendidikan menengah rendah.
2 Pendidikan menengah rendahProgram pendidikan yang direka bagi membolehkan pelajar memahami konsep teori dalam subjek-subjek yang lebih spesifik. Ianya menjadi asas kepada pembelajaran secara berterusan dan peluang untuk meneroka bidang pendidikan yang lain.
3 Pendidikan menengah atasProgram pendidikan yang direka di mana kandungan subjek yang diajar lebih spesifik, pelbagai dan mendalam. Hal ini membolehkan pelajar menamatkan pendidikan menengah dalam persediaan ke pendidikan tinggi atau memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan.
4 Pendidikan bukan tinggi pasca-menengahProgram pendidikan yang direka bagi memenuhi kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan atau asas sebelum memasuki pendidikan tinggi. Kandungan pembelajaran pula tidak serumit pendidikan tinggi, kerana matlamat utama ialah menawarkan program kemahiran yang tidak terdapat semasa pendidikan menengah.
5 Pendidikan tinggi kitaran pendekProgram pendidikan yang menawarkan pengetahuan profesional, kemahiran dan kompetensi. Kebiasaannya, sistem pendidikan ini lebih praktikal dan spesifik terhadap sesuatu pekerjaan bagi mempersiapkan pelajar ke alam pekerjaan. Walaupun begitu, program ini juga boleh digunakan sebagai laluan ke program pendidikan tinggi.
6 Ijazah sarjana muda atau setaraProgram pendidikan yang menawarkan kemahiran akademik atau kemahiran profesional dan kompetensi, membawa kepada ijazah pertama atau kelulusan yang setara. Program yang dibangunkan biasanya berdasarkan kepada teori, namun terdapat juga komponen praktikal yang diajar oleh penyelidik profesional atau pembantu profesional. Program ini ditawarkan di universiti atau institut pengajian tinggi yang setara.
7 Ijazah sarjana atau setaraProgram pendidikan yang menawarkan kemahiran akademik lanjutan daripada program ijazah sarjana muda, membawa kepada ijazah kedua atau sarjana atau kelulusan yang setara. Program yang dibangunkan biasanya berdasarkan kepada teori dan kajian, namun kajian itu tidaklah membawa kepada penganugerahan ijazah kedoktoran. Pensyarah yang mengajar di peringkat ini selalunya perlu memiliki kelulusan pada tahap ISCED 7 atau ISCED 8.
8 Kedoktoran atau setaraProgram pendidikan yang direka berdasarkan kepada kelayakan pelajar dalam komponen penyelidikan lanjutan. Pelajar yang mengambil program ini perlu melakukan kajian sendiri, di samping menyediakan bahan penyelidikan seperti tesis dan kertas kerja di mana bahan-bahan ini kemudian menjadi rujukan dan sumbangan kepada bidang yang diambil. Program ini biasanya ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi berorientasikan penyelidikan sahaja seperti universiti.

Semakan 1997

TahapProgram pendidikanKeterangan
0 Pendidikan pra-rendahProgram pendidikan yang direka bagi menyesuaikan kanak-kanak kepada alam pembelajaran yang lebih formal. Ianya sebagai jambatan yang menghubungkan antara kaedah pembelajaran di rumah dan sekolah.
1 Pendidikan rendahProgram pendidikan yang direka bagi membolehkan murid-murid mempelajari kemahiran asas dalam membaca, menulis dan mengira serta pengetahuan am rendah terhadap subjek lain seperti sejarah, geografi, sains tulen dan sosial, literasi dan muzik. Kadang-kala pengetahuan agama juga dimasukkan.
2 Pendidikan menengah rendahProgram pendidikan yang direka bagi membolehkan pelajar memahami konsep teori dalam subjek-subjek yang lebih spesifik. Ianya menjadi asas kepada pembelajaran secara berterusan dan peluang untuk meneroka bidang pendidikan yang lain.
3 Pendidikan menengah atasProgram pendidikan yang direka di mana kandungan subjek yang diajar lebih spesifik, pelbagai dan mendalam. Hal ini membolehkan pelajar menamatkan pendidikan menengah dalam persediaan ke pendidikan tinggi atau memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk memasuki alam pekerjaan.
4 Pendidikan bukan tinggi pasca-menengahProgram pendidikan yang direka bagi memenuhi kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan atau asas sebelum memasuki pendidikan tinggi. Kandungan pembelajaran pula tidak serumit pendidikan tinggi, kerana matlamat utama ialah menawarkan program kemahiran yang tidak terdapat semasa pendidikan menengah.
5 Pendidikan tinggi peringkat pertama (bukan membawa kepada kelayakan penyelidikan lanjutan)Program pendidikan tinggi yang mengandungi kandungan pembelajaran lanjutan kepada program pendidikan di tahap 3 dan 4. Program ini menawarkan kelulusan ijazah di mana kemasukan ke program di tahap ini mengambilkira kriteria seperti jenis program, kedudukan program dalam tahap ijazah atau struktur kelayakan dan tempoh program.
6 Pendidikan tinggi peringkat kedua (membawa kepada kelayakan penyelidikan lanjutan)Program pendidikan tinggi yang membawa kepada penganugerahan berkaitan penyelidikan dalam pendidikan. Program ini memerlukan pelajar melakukan kajian sendiri dan pembelajaran lanjutan, dan tidak terhad kepada kerja kursus semata-mata.